Misteri Air Mata Kehidupan - Motivasi Kehidupan

Menampilkan Artikel menarik dari kalangan penulis tanah air [Indonesia] yang perlu anda ketahui.

Friday, March 2, 2018

Misteri Air Mata Kehidupan

Misteri Air Mata Kehidupan -
 Foto Moel Andre.Apabila ditinggalkan kekasihnya. Wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta. dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....

Apabila suaminya dilanda musibah. Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga.

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi. Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya. ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan.

Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi.

Air mata wanita melambangkan perasaannya. apabila dia menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya. Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian.

Mengapa harus ada air mata? Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Setelah puas saya berfikir, sedikit demi sedikit mulai saya fahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN. Yang sudah menjadi tugas Kaum Adam untuk lebih menghargainya

No comments:

Post a Comment